Sunday 6 February 2011

Cerita di sebalik kesedihanku...

Coretat isteriku untuk renungan semua....

Assalammualaikum keluarga, saudara-mara & rakan2...

Setelah merima pelbagai soalan yang tak putus2 dari semua yang mengambil berat, kini aku ceritakan kisah sebenar di sebalik ape yang terjadi..

Pada pertengahan bulan syawal tahun lalu, aku mula mengalami alahan pada bau2 dah beberapa alahan lain, yg sebelum ni tak pernah terjadi dlm hidupku.. Berita kehamilanku sangat di senangi oleh ahli keluarga terutama suamiku yang bakal bergelar bapa buat kali pertama.. Pada peringkat awal kehamilan, aku cukup fokus pada pantang larang org tua2, dan juga nasihat doktor.. maklum lah, kali pertama dan belum ada pengalaman.. Semuanya berjalan lancar sehinggalah satu berita yang aku terima, yang merubah segala suasana gembira dan bahagia dlm kehidupanku... doktor mengesahkan bayi dalam kandunganku "anencephaly"...

Anencephaly- bayi yang tidak mempunyai tempurung kepala..Dapat dikesan melalui kaedah scan.. Pertumbuhan tempurung kepala yg tidak lengkap menjadikan saraf tunjang bayi tidak terbentuk dan otak bayi berada di luar.. bayi boleh terus hidup selagi berada dlm kandungan kerana hidupnya di dlm rahim bergantung pada uri.. Bayi tidak akn dapat bertahan untuk hidup lama selepas dilahirkan kerana hidup seseorg manusia perlu bergantung pada otak dan saraf tunjang... Mengikut rekod Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, bayi sebegini biasanya akan terus meninggal dunia ketika dilahirkan.. Ada juga yang bertahan paling lama 2 hari..

Mac 2009 (usia kandunganku 6bulan)...
Ketika inilah bayi dalam kandunganku disahkan sebagai bayi Anencephaly.. Untuk mengesahkannya, suami membawaku berjumpa banyak doktor untuk melihat pandangan yg berbeza.... namun, semua doctor berpendapat yg sama.. baik doktor biasa, mahupun yang pakar.. kerajaan dan juga swasta.. ketika pengesahan dilakukan, aku diberikan tempoh seminggu utk membuat keputusan samaada ingin meneruskan kandungan sehingga cukup bulan atau menggugurkan kandungan tersebut... Sudah semestinya aku tidak sanggup membunuh anak dlm kandunganku yang sudah mula aktif bergerak dan menendang2 perutku.. begitu jugalah pandangan dari ke2 belah pihak keluargaku dan keluarga mertua.. ALLAH telah memberinya nyawa dan mengapa aku harus membunuhnya walaupun aku tahu aku tetap akan kehilangannya nnti.. ALLAH yg memberi, maka ALLAH jugalah yg sepatutnye mengambilnya semula..Maka keputusanku adalah untuk membawanya bersama2 dlm kandungan sehingga cukup 9bulan dan aku terus cuba bersedia menerima takdir pemergian anak sulungku ketika kelahirannya nanti..

April 2009(usia kandungan 7bulan)
Ketika ini, doktor kerajaan sibuk meneliti masalah bayiku.. pelbagai ujian dilakukan.. ujian darah, ujian air gula.. semuanye ntuk mencari punca kenapa ia jadi begini.. setiap kali di hospital atau di klinik, doktor pasti akan scan dan memerhati perkembangan bayiku.. sehinggalah suatu hari doktor berkata.."baby awak kecik, due awak bukan 13 jun ni.. kalau ikut size sekarang, due awak 13 ogos.. maknanye kandungan awak baru berusia 5bulan bukan 7bulan".... Sejak itulah, tarikh due aku ditukarkan ke bulan ogos... Aku dan suami sgt tidak puas hati dgn pertukaran tarikh itu.. takkan due aku hampir sama macam kakak iparku sedangkan aku mengandung 2 bulan sebelumnya... dulu, aku dah disahkan hamil sedangkan kakak iparku masih berusaha mendapatkan zuriat selepas keguguran anak sulungnya.. kini, doktor menjangkakan due aku pada 13ogos sedangkan due kakak iparku 14ogos.. cuma selang sehari.. TAK MUNGKIN.. aku dan suami merujuk pada pakar swasta kerana pakar kerajaan yang menukar due tersebut dan tidah mahu pertimbangkan ape yang kami perkatakan.. maka pakar swasta berkerjasama dgn beberapa doktor klinik lain yang biasa aku kunjungi ketika awal kehamilanku, mengkaji semula kes ini.. akhirnya mereka sependapat, due aku tetap 13jun,tetapi kerana bayiku tidak normal, doktor tetapkan jangka kehamilanku takkan lebih dari 18julai... fakta tersebut berdasarkan tarikh aku disahkan mengandung dan rekod2 saiz baby setiap scan yang aku jalani di awal kehamilanku...

Jun 2009(genap 9 bulan)
Aku masih tiada rasa sakit untuk melahirkan.. macam yang doktor pakar swasta kata, "baby awak x normal, mungkin lambat skit.. paling lewat 18 julai"... aku dan suami terus sabar menunggu.. dan kesakitan contraction sudah mula wujud.. namun ia tidak kuat dan tidak kerap seperti contraction org yang dah nak bersalin.. ia datang selang sehari..

Julai 2009....
Tiba tarikh 18 julai seperti yang dikatakan pakar swasta.. namun belum ada tanda2 untuk melahirkan.. contraction yang dirasai sebelum ini masih sama.. tidak terlalu kuat dan tidak kerap... namun sesekali ia datang. peritnya tuhan saja yang tau.. sehingga 1 ketika aku tidakk mampu menahan sakit tersebut, aku buat keputusan untuk mnyelesaikan masalah ini di hospital swasta... tidak sanggup menunggu hospital kerajaan yang menetapkan due aku 13ogos... aku mahu segera bersalin.. mengeluarkan anak dlm kandungan ini secepat mungkin.. aku penat menunggu, aku letih menanggung sakit.. aku harus menyelesaikannya dengan segera... aku tak mampu lagi.. aku lemah.. sedangkan org sekeliling yang mengandung kemudian dari aku, semuanya telah selamat melahirkan.. aku makin down memikirkan semua itu. Aku dan suami merujuk pakar swasta lagi... tapi katanya:.................

Kata pakar swasta:
Awak mmg boleh bersalin normal.. kalau tak sakit, kita boleh msuk ubat dan paksa baby keluar.. tapi bukan masalah kos awak bersalin normal di swasta( sekitar 1-2ribu-yang aku jangkakan aku mampu membayarnya)... Masalahnya bayi awak tu.. kosnye mahal.. memandangkan tempurung kepala dia takde, bila lahir nanti otaknye berada diluar.. jadi, bayi awak mmg kena masuk ICU untuk rawatan rapi.. takut jangkitan kuman.. kerana kita semua tak tahu berapa lama dia boleh hidup.. ada yg 2jam, ada yang 2hari, ada yang 2 minggu.. walau apepun, selagi dia hdup, kita mesti jaga dia dengan jagaan rapi.. sedangkan kos ICU di hospital swasta mencecah belasan ribu hanya untuk 1 malam..... bukan saya taknak bagi awak buat kat hospital swasta, tapi kalau awak bazirkan duit awak berpuluh ribu pun, akhirnya awak tak dapat pape.. sedih je... Jadi saya nasihatkan awak tunggu je la hospital kerajaan.. lebih murah dan mereka jaga rapi bayi awak nanti... itu yang sebaik2nya..

Aku dan suami terdiam.. ada betulnya juga kata doktor pakar swasta tu.. sekurang2nya dia tak fikirkan keuntungan hospitalnya.. dia lebih concern pada pesakitnya..... niat aku untuk ke hospital swasta terbatal begitu sahaja.. juga niat untuk membuat pinjaman peribadi belasan ribu bg tujuan itu juga terbatal.. aku pasrah..

Ogos 2009
Sakit contraction yang aku alami terlalu kuat pada suatu pagi.. Suami bergegas menghantarku ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.. tiba disana, pemeriksaan dilakukan.. Namun pintu rahim masih belum terbuka untuk bayi keluar.. aku diarahkan pulang...

10 Ogos 2009..
Berlaku turun darah dan aku sekali lagi di bawa ke HTAR untuk pemeriksaan.. Doktor tetap menegaskan pintu rahimku belum terbuka dan aku harus menunggu.. namun selepas meneliti rekod kesihatanku, doktor mendapati aku adalah pesakit anemia(kurang sel darah merah) maka aku terus ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut.. doctor bimbang sekiranya berlaku turun darah lagi, ia akan menjejaskan kesihatanku.. namun 1malam aku di wad bersalin hospital besar klang, tiada keluar darah walau sedikit pun..

11 Ogos 2009
Aku yang berada diwad bersalin sangat teruja melihat ibu2 disamping bayi2 yang baru dilahirkan.. Mula terlintas difikiran "bila la anak dalam kandungan ku ni nak keluar"... tak sabar rasanye.. dan tak tertaggung lagi siksa ini.. Oh tuhan, tolong daku...
Ketika lawatan oleh doktor yang memeriksa pesakit dari katil-ke-katil, terlintas untuk aku bertanya tentang bayi dalam kandungan ku.. "tak boleh ke doktor paksa je dia keluar atau operate lah saya untuk keluarkan bayi ni"... Maka doktor pakar yang turut serta besama doktor biasa terus menarik kerusi dan duduk di sebelah katilku... Sessi kaunseling bermula... Pesakit dari katil lain semua memerhati doktor duduk di katil aku paling lama berbanding pemeriksaan dgn pesakit di katil lain hnye 5-10minit....
.............................................................................................................................

Kena kaunseling...
Kata pakar kerajaan ini sambil diperhatikan doktor biasa yg lain:
Kes awak ni tak sama macam kes normal yang lain.. Anak awak tak normal.. biasanye kes mcm ni kalau kita masukkan ubat dan paksa dia keluar pun,tetap tak jadi pape, takkan ada tindakbalas terhadap ubat tu.. sebaliknya risiko besar yang perlu si ibu tanggung... antara risiko besar tu adalah... bila dah masuk ubat untuk paksa, tapi tak jadi pape..

1) akn berlaku turun darah yang banyak... awak sakit, tapi anak awak tak keluar jugak.. awak dah la anemia, tak cukup darah.. boleh ancam NYAWA awak.. (aku takut bila doc sebut pasal nyawa).

2) bila dah paksa, tapi tak jadi, kita terpaksa operate awak.. kalau operate, awak akn kehilangan banyak darah jugak.. pun boleh ancam nyawa awak.. Lgpun, kalau awak operate, awak kena tunggu 2 tahun untuk mengandung balik.. tunggu luka operation tu betul2 sembuh.. sbb awak anemia.. tak boleh suka2 nak ngandung balik.. 2 tahun campur 9bln lagi nak ngandung, lebih kurg 3 tahun baru awak dapat anak.. pihak hospital cuba nk kurangkan tempoh sedih awak dengan masalah anak sulung awak ni...

3) sakit yang teramat sgt kala paksa atau operate... N bahaya utuk nyawa awak sbb awak ni ada anemia...

tulah antara risiko2nye... jadi sekarang, saya benarkan awak discharge.. awak balik rehat dan tunggu je.. awak kena sabar.. kes mcm awak ni perlukan kesabaran tahap paling tinggi.. byk pesakit kes mcm awak ni yang stress dan mengalami gangguan mental...

kalau mengandung normal, bila sampai due, tapi tak sakit jugak, kita bg tempoh tambahan seminggu.. paling lama 10 hari.. takkan lebih 10 hari.. sbbnye, kita nak jaga baby tu.. kita takut dia lemas atau dah mula buang najis kat dlm tu yg boleh menyebabkan dia lemas.. so, kalau dah 10 hari lepas due, kita mmg akan paksa atau operate.. kita kena selamatkan baby tu drpd lemas..

Kes awak lain.. we dont bother bout your baby anymore.. we care bout your health, we want to safe u.. coz your baby, kalo lahir pun, mmg xleh survive... so, 4 what kita nak riso pasal dia?? kita patut riso pasal u.. so kalau kes normal kita bg limit 10 hari extra je.. u punye kes, xde limit.. as long baby tu hidup dlm kandungan tu, awak boleh teruskan samapi sakit sendiri nak beranak.. kalau tak sakit jugak, awak boleh teruskan lama mana pun.. but 1 day, awak tetap akan sakit untuk beranak.. trust me.. dia tetap akan keluar... Unless kalau dia dah matured kat dlm,n dah mula buang najis, then dia lemas n meninggal kat dalam perut, walaupun awak tak sakit, kita tetap akan keluarkan dia.. of coz la, sebab dia dah meninggal...for what u nak keep dia kat dlm...

so, u kena banyak2 sabar.. kalau u dah fade-up dan tak sanggup nak teruskan kandungan, u boleh bgtau kita.. kita boleh paksa keluar atau operate.. tapi itu kehendak awak, dan semua risiko yg saya bgtau tadi, awak tanggung sendiri.. its your decision.. hospital punya decision, nak awak sabar dan tunggu je...byk rehat n jangan stress.. nanti effect mental awak..
............................................................................................................................

13 Ogos 2009
Maka hari ini tibalah tarikh yang diberikan hospital kerajaan.. namun belum ada tanda2 bayiku ingin keluar ke dunia ini... 19ogos aku akan ke hospital lagi untuk pemeriksaan, tapi bukan untuk mendapatkan tarikh baru untuk bersalin.. tiada lagi tarikh baru selepas ini.. hanya perlu menunggu dan terus menunggu.. Oleh yang demikian, aku dan suami masih terus menunggu dengan penuh sabar.. dan aku percaya, semua ahli keluarga juga begitu.. Apa yang mampu kami lakukan cuma berdoa mengharapkan yang terbaik..

Kepada semua yang banyak memberi nasihat, kata2 semangat dan motivasi untuk aku dan suami.. TERIMA KASIH kami ucapkan.. Inilah perjalanan mengandung 11 bulan yang aku lalui.. wlaupun penuh keperitan dan penderitaan, namun ia 1 pengalaman paling berharga yang pernah aku lalui sepanjang hidupku... Aku tak serik mengandung lebih lama dari usia kandungan biasa(9bulan).. kerana aku tahu ALLAH mmberi peluang lebih lama untuk aku bersamanya sebelum ALLAH menjemputnya kembali... Semoga ramadhan yg akn dtg tak lama lagi membawa rahmat dan menyelesaikan semua masalah ini.. Aku yakin, pasti ada hikmah di sebalik semua ini.. Semoga semua soalan kalian dan kekeliruan selama ini terjawab...

To my lovely baby.. Mama n Papa akn tetap sabar menunggu kelahiranmu.. Walau apepun keadaan dan bentuk fizikalmu nanti, kami redha, dan kau tetap anakku hingga akhirat nanti.. Mama tak pernah menyesal membawa kamu dlm rahim mama selama ini.. Mama gembira dapat bersama kamu walaupun hanya seketika..Mama bangga kandungkan kamu 11bulan lebih lama dari biasa.. Andai ditakdirkan mmg umurmu tak panjang, mama yakin kamu akan doakan mama n papa dan tunggu kami disyurga kelak...


Sunday 17 August 2008

i'm just married....

Alhamdulillah...


Pada 16hb Mei 2008 aritue.. aku ngan pilihan hatiku Nur Azreen Bt Mohad Saleh telah selamat dinikahkan oleh Tuk Imam Masjid kat umah mertuaku di Bayu Perdana dalam keadaan sederhana tapi meriah..


Di kala sedara mara dua-dua belah pihak berkumpul sambil bersembang ngan gelak ketawa. Aku ngan berbaju melayu light orange duduk bersila di sudut ngan terkumat kamit aku membiasakan lidah mengucap lafaz nikah. Dupdap dupdap jantung aku ni hanya Allah je tau camne rasenye. Dahla ramai sedara mare depan aku.. ade yg senyum memberikan aku semangat pun ade, yg bg menggelabah pun ade gak. Perasaan memang bercampur baur dah nie.. takut, malu, seronok pun ade coz dapat bini.. wakaka.. Masa tue lak ade perlawanan badminton piala thomas. Sukan faveret aku tue.. tp aku xlayan dah coz aku lebih fokuskan pernikahan aku tue... seram sejuk dibuatnye.. hahaha


tp Alhamdulillah.. selepas 3 kali aku lafaz.. akhirnya aku bergelar sorang suami.. isteriku menjeling sambil tersenyum simpul.. masa tu jugak aku memandang mak aku.. ibu yg telah melahirkan, membesarkan, menjaga aku selama ini dapat melihat aku berkahwin.. aku turut sebak.. terus aku membawa isteriku untuk mencium dan memeluk ibuku serta ibu mertuaku..


kadangkala aku sering terpikir, adakah aku sedang bermimpi yg aku telah pun berkahwin. ternyata ia adalah satu realiti...

p/s: gambar akan diupload kemudian, ade masalah skit upload system... huhu

welcome world...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya ngan tak tersangka-sangka, dapat gak aku ade blog sindri.. wahahaha..

so bg yg expert tue.. komen anda amatlah dialu-alukan.. huhu...

tp ngan aku keje bank nie.. mungkin jarang gak la aku nak update blog nie slalu... tambah lagi skang ni aku ngan bini aku still in study lagi kat OUM... baru tahun kedua.. susah jugak nak blaja sambil keje nie.. balik keje je konfirm terbaring dulu.. huhu.. nak mengadap lms pun susah ape lagi la nak bukak module oum yg tebal semacam jerk. Setan durjana lak makin senang la nak hasut aku xyah study. Awal lagi katenye.. rileksla dulu. Tp tula kan.. ia menunjukkan yg iman kite nie tah banyak mane la sangat sampai senang sangat terpengaruh ngan tipu daya setan haramjadah nie... Ya Allah, ku mohon padaMu agar menjauhkan kami dari segala hasutan syaitan dalam kami berusaha untuk tidak menjauhkan Mu... amin....